
|
ROMBONGAN SEKOLAH.
Thursday, June 14 @ 2:50 am | 0 Comment [s]
Assalamualikum dan salam sejahtera!!! maaf kalau sudah lama tidak mengaupdate blog ini.. saya terlalu sibuk dengan kerja sekolah lagipun UPSR dah nak dekat jadi susah sikit nak blogging nih... baiklah tanpa melengahkan masa saya mari kita masuk tajuk "ROMBONGAN SEKOLAH"Ha??? kenapa tiba-tiba saya cerita tentang rombongan sekolah?? hahaha kalau tak payah jawab pun mungkin semua dah tahu.. sebab saya nak pergi lawatan sekolah lah! rombongan paling jauh sekolah saya pernah pergi iaitu ke Cameron Highland tapi tahun ini special sedikit sebab sekolah saya mengadakan rombongan ke luar negara iaitu ke SINGAPORE alhamdulillah abah izinkan dapat jugak merasa pergi luar negara sebab saya tak pernah pergi luar negara... :) Passport dah buat yuran pun sudah habis bayar... saya duduk dengan kawan nama dia nabilla dan raihaana cikgu cakap kami dapat duduk dlaam bilik yang sama bila sampai di hotel nanti... wah!wah!wah! rasa tak sabar sangat-sangat-sangat! lagi dua minggu sahaja lagi... Saya pergi pada 29/6/2012 hingga 1/7/2012 doakan supaya semuanya berjalan dengan selamat.. saya pergi sana naik bas.. bertolak pada jam 11 malam pada hari jumaat dan balik pada jam11 pagi pada hari ahad... Barang-barang belum pack lagi yelahkan lambat lagi cuma rasa terlalu tak sabar nak pergi! tempat-tempat yang dapat pergi ialah universal studio,mariana bay dan lain-lain (tak ingat sebenarnya!) hahaha... banyak jugaklah tempat tetapi kat sana guna dollar.. jadi kalau nak beli cenderamata kene berjimat duit sedikit... Paling tak sabar nak pergi universal studio sebab tanya kawan yang dah berpengalaman diaorang cakap best sangat! jadi nak merasa jugaklah... tapi rasanya kalau pergi dengan family mesti lagi best sebab makan mak n abah yang bayar hehehe... main-main je.. (mak jangan marah!) Okeylah itusahaja ucapan saya pada hari ini.. tunggu hingga entri yang akan datang ya! nanti insyaalah kalau dah balik dari singapore saya masukkan gambar (kalau sempat la...) okey assalamualaikum.. ikhlas dari hati daripada: izzah nur huda |
The Disclaimer underlined, bold blockqoute
Navigations! Let's Talk!
The Credits! |