Izzah Nur Huda
STORY MORRY

Monday, August 27 @ 12:57 am | 0 Comment [s]



Assalamualaikum dan salam sejahtera!!! maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog yang sudah bersampah nih... banyak pengalaman yang perlu saya ceritakan. banyak! sungguh banyak! tetapi jangan risau saya akan ceritakan semuanya!

 Baiklah story yang pertama ialah pengalaman ke Singapore... pada post yang lepas saya ada cerita sebelum ke singapore tetapi sekarang pengalaman ke Singapore pulak sambungan "Rombongan ke Singapore 2" . Malam tu huda bertolak pukul 11 malam naik bas persiaran. huda duduk sebelah kawan dalam bas tidur sahaja lepas tuh bas tuh berhenti dekat perhentian Johor Bharu waktu tuh cikgu bagi keluar 45 minit huda jalan-jalan je sebab cikgu cakap" kejap lagi pergi lagi satu hentian baru mandi" so huda pun jalan-jalan je kat situ dengan kawan..

Apabila huda sampai dekat hentian seterusnya cikgu cakap bagi rehat 2 jam jadi huda dengan kawan huda 4 orang mandi and solat subuh dekat situ. Selepas selesai solat kami 4 orang pun breakfast memang bestlah!
selepas kami dah selesai kami pun nak masuk bas dalam perjalanan nak masuk bas tuh cikgu kata kene isi borang.. ingat apa rupa-rupanya borang keluar masuk daripada Malaysiake Singapore...oohh... baru faham...

Apabila kami sudah sampai ke Singapore saya tersenyap sebab tengok tempat dia memang bersih! sungguh bersih! terpegun saya1 cikgu pun ada beri ceramah.. cikgu cakap jangan buang sampah kat sini sebab nanti kene denda bayar 300 dollar so kite orang tinggalkan sampah dalam bas.. hehehe... kantoi... taktik dari kecil!

Mula-mula kami pergi ke USS atau dikenali sebagai Universal Studio Singapore memang best sangatlah dalam tuh!ade roller coaster, transformers, marry go round dan lain-lain lagi tapi serius best!paling best sekali saya dan kawan-kawan naik transformers! memang best!

Apabila dah lama-lama kat USS saya pun pulang sebab cikgu bagi masa 9.00 pagi sampai 5.30 petang sahaja so kiteorang pun naik bas dan pulang.

Tempat kedua yang kiteorang pergi ialah tempat kedai yang jual banyak choclate saya pun beli tapi takdelah banyak sangat sebab mahal... saya fikir balikan choclate untuk mak dan ayah je. selesai sudah kami di kedai choclate kamipun pulang dan makan dekat kedai mamak Singapore... saya tak order banyak pon sebab saya bukan lapar sangat...

Kemudian sudah seharian berjalan-jalan ke Singapore kami pun pulang ke Johor Bharu balik rasa sunguh-sungguh-sungguh penat! memang penat! hehhe... sampai hotel kami terus borak sampai jam 2 pagi barulah kami tidur... kami dah set alam puklul 6.00 pagi tapi tengok-tengok bila dah bangun (saya bangun yang first) saya ingat pukul 6 tapi saya tengok langit dah cerah tiba-tiba dah jam 8:30 pagi memang terkejutlah nasib baik kiteorang tak tertinggal breakfast "free" kat hotel! hehhe...

pada jam 1.00 petang kami pun naik bas dan pulang ke Bandar Baru Bnagi tapi sebelum tuh kami singgah ke JPO atau dikenali sebagai Johor Premium Outlets tapi barang-barang kat sana semuanya branded-branded jadi saya dan kawan-kawan jalan-jalan sahaja kat sana...

baiklah itu sahaja pengalalaman yang dapat saya kongsikan semoga berjumpa pada entri yang akan datang insyaallah..

ikhlas daripada:
izzah nur huda



                                       


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi peeps. I'm human and blahblah goes here. Bandar Baru Bangi. love the way you're :D

underlined, bold

blockqoute


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!