
|
Selamat Hari Kemerdekaan!!!
Monday, September 3 @ 12:27 am | 0 Comment [s]
Assalamulaikum dan salam sejahtera! SELAMAT HARI KEMERDEKAAN kepada semua rakyat Malaysia. Bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke 55 saya ingin menceritakan tentang pengalaman ke UKM untuk sambutan kemerdekaan ke 55. Pada hari khamis yang lepas 30/8/2012 cikgu ada buat perhimpunan secara tiba-tiba kemudian guru besar cakap nak hantar 35 orang untuk ke UKM bagi sambutan kemedekaan. Semuanya ditaja oleh UKM termasuklah bas dan tempat duduk (tapi makan dengan baju tak de la) Sebenarnya cikgu terbuka kepada darjah 6 sahaja tapi ramai yang tak nak jadi cikgu buka pada darjah5 jadi saya larilah sebab tinggal 5 tempat kosong.Waktu tuh kawan saya cakap tak yah pergi tapi tiba-tiba cikgu dah kira nama saya jadi saya terpaksalah pergi jugak. Cuba bayangkan jadual hari tu memang padat sangat! terlalu padat! baiklah macam ni pagi bangun pukul 6.00 sebab pergi sekolah lepas tu balik pukul 1.00 sampai rumah dalam pukul 2.00 lepastu pukul 3.00 datang balik sebab ada sambutan kemerdekaan kat sekolah. sampai rumah pukul 7.00 lepastu pukul 8.00 kene pergi sekolah sebab ada rombongan ke UKM pulak memang penat sungguh sungguh lah! abah pun marah macam perdana menteri pulak sibuk sangat! Sekarang nih saya nak cerita tentang pengalaman malam sahaja sebab kalau nak cerita daripada pagi sampai malam memang takkan habis lah! Malam tuh pukul lapan saya sampai kat sekolah cikgu ambil kedatangan dan kami terus naik bas. Waktu dalam bas saya rasa macam nak tertidur pulak sebab penat sangat tapi saya tahan je. Bila dah sampai kat UKM saya tengok tempatnya dewan tapi keliling dewan tuh ada kerusi macam dekat panggung wayang. Boleh imagine tak? hehe. . . Bila saya dah masuk dalam tuh saya nampak ramai pelajar UKM meraka semua pakai baju unit uniform seperti PBSM dan juga Askar. Di bucu dewan itu ada screen besar tau jadi mestilah ada camera men yang rakam ada sekali tu camera men tu rakam gambar kawan saya dan saya sedang berborak hehehe. . . malu sangat rasanya kat situ! kat screen tuh. . . ala orang lain tak kesah pon cuma saya je lebih-lebih. Persembahan yang ada kat situ ialah nyanyian lagu patriotik,persembahan askar (persembahan askar paling best!) dan juga ada cabutan bertuah (tapi saya tak menanag pun) Ada artis yang datang namanya Roy tapi saya hapak tak kenal tapi cikgu cakap Roy nih nyanyi lagu patriotik saya pun buat mulut :o sahaj lah. . . lepas dah habistuh abah cakap nak amik kat UKM tak amik kat sekolah sebab rumah saya dekat sangat dengan UKM jadi saya tunggu abah kat UKM tak naik bas balik sekolah sebab saya terus balik rumah terus. okeylah itu sahaja pengalaman untuk entri kali ini semoga dapat berjumpa lagi pada entri yang akan datang. . . assalamualaikum! ikhlas dari hati daripada: izzah nur huda |
The Disclaimer underlined, bold blockqoute
Navigations! Let's Talk!
The Credits! |