
|
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!!!
Monday, October 29 @ 12:12 am | 0 Comment [s]
Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!sorry sebab dah lama tak update post... saya sibuk dengan peperiksaan akhir tahun sekolah... kemudian saya perlu fokus pelajaran untuk UPSR tahun depan...baiklah tanpa melengahkan masa mari saya ceritakan pengalaman hari raya aidil adha ataupun hari raya korban.Pada hari khamis yang lepas sebelum hari raya korban saya sudah tidak sabar untuk balik ke kampung jumpa saudara mara.. selain itu saya juga tidak sabar untuk melihat cara-cara korban... pada kesokan harinya, saya dan saudara pergi ke rumah jiran sebelah di kampung kerana jiran sebelah itu ada buat korban keluarga... jadi saya pun ikut.. best.. tapi ada rasa geli sikit la tengok darah lembu tu.. tapikan saya rasa kesihan jugak dekat lembu tuh sebab telah dikorbankan... tapi tak mengapa... abah cakap haiwan itu akan dimasukkan ke dalam syurga kelak... selepas haiwan itu disembelih, acara memotong bermula (malacamlah ada pertandingan.. haha) tapi rasa best jugak potong daging nih sebab ramai-ramaikan... sekejap tergelak lepastuh gosip pulak... adoi... malas nak layan.. hahaha... selepas daging itu dah dipotong tibalah masa untuk diagihkan... daging tuh mula-mula timbang lepas tuh dah timbang tuh masukkan dalam plastik kemudian bagi kepada rumah ke rumah kat kampung... saya tolong jugak la... tolong tengok... hehehe.. saya bukan tak nak tolong tapi saya rasa geli sikit lah.. lagipun yang tolong tuh semuanya orang besar jadi saya yang budak kecil nih duduk dalam rumah tengok cartoon ataupuntolong sapu sampah.. hehehe.... baiklah itu saya untuk entri hari ini... semoga jumpa lagi pada masa yang akan datang insyaallah... ikhlas dari hati daripada izzah nur huda sekian terima kasih... |
The Disclaimer underlined, bold blockqoute
Navigations! Let's Talk!
The Credits! |