
|
Latihan Bola Jaring Sekolah!!!
Saturday, November 10 @ 10:48 pm | 1 Comment [s]
Assalamulalikum dan slam sejahtera!!! dalam entri kali ini, saya akan menceritakan tentang Latihan Bola Jaring Sekolah atau senang lah nak cakap Latihan Netball sekolah ( dalam bahasa inggeris lah) saya telah terpilih dalam pasukan bola jaring sekolah daripada tahun lepas lagi... penat sangat training!Waktu first-first training tuh saya termuntah sebab terlalu penat, tapi bila dah lama-lama rasa ok je.. sebab dah biasa penat...pada tahun ini sekolah saya telah menjuarai Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah dan memenanagi tempat pertama.. sekolah kami pula 6 tahun berturut-turut menjuarai pertandingan bola jaring tau! memang rasa sangat seronok tapi saya tak main sebab cikgu hanya pilih murid darjah enam dahulu untuk bermain, jadi saya hanya jadi pemain simpanan.. Jadi pada tahun 2013 lah saya akan berusaha untuk manjadi the best pemain bagi bola jaring sekolah.. harap macam tu lah! minggu depan ada latihan, sampai lah bulan 12 sebab nak prepair untuk game.. Selalunya pertandingan netball ada pada bulan 4 petengahan bulan 4 lah selalunya.. waktu mereka semua nak pergi tuh ramai yang rasa berdebar-debar sebab takut kalah.. tapi bila balik je daripada game semua menjerit kepuasan cakap menang! oh! memang bangga sangat dapat jurulatih yang begitu hebat! Cikgu yang mengajar kami bermain bola jaring ada 2 orang iaitu Teacher Nazmin dan Teacher Eata. Cikgu memang sangat sporting! tapi kadang-kadang ada juga masa yang dia garang... tapi garang dia garanag manis jugak! hahaha... sewaktu latihan mesti kena pakai tudung warna putih sebab senang tak panas... kalau pakai tudung warna hitam nanti rasa tak selesa sebab kepanasan.. jadi saya waktu training suka pakai tudung putih.. tapi sekarang nih tudung tuh dah hilang pulak.. alamak.. malasnya nak cari cuti-cuti sekolah nih.. hahaha... baiklah sampai di sini dahulu ucapan saya pada kali ini.. semoga berjumpa lagi pada masa yang akan datang! sekian TERIMA KASIH! ikhlas daripada: izzah nur huda |
The Disclaimer underlined, bold blockqoute
Navigations! Let's Talk!
The Credits! |