Izzah Nur Huda
The Time while holiday!!!

Monday, December 10 @ 9:17 pm | 0 Comment [s]

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!! hari ini huda ingin menceritakan tentang saudara huda kawin.. Sabtu lepas 8 hari bulan.. best dan seronok sangat-sangat!!! mari saya ceritakan.. (ceh.... ayat... heheheheh)

Baiklah kenduri hari satu tapi hari khamis saya dan family dah balik kampung dah sebab banyak bende yang perlu ditolong... saudara saya pon ramai yang balik hari khamis.. huh! baru ingat malam khamis tuh ada buat tahlil... malam tuh pukul 2 pagi barulah saya tidur sebab tahlil habis pukul 12 nak kemas lagi.. dah lah penat lepas tuh kene angkat kerusi lah.. bungkus lauk lah...lipat tikar lah.. tikar bukannya sikit ada lah dalam 10 ke 12 macam tuh.. ingat tak penat ke nak terbongkok lipat tikar??? huh.. saudara saya semuanya lelaki... so, semuanya malas-malas belaka.. yang perempuan nih je lah yang kemas lah... tuh lah.. nih la.. hahaha.. tapi rasa seronok sebab buat ramai-ramai...

Pada hari jumaat tuh pulak saya dengan saudara saya ingat boleh la rehat-rehat ke.. nak main-mainke.. best lah jugak. rupa-rupanya ada jugak lah kerja yang tak siap.. ish.. penat sungguh! kami diarahkan oleh komander besar iaitu Mak Long untuk rebus telur dan masukkkan telur dalam bunga elur yang sudah disediakan.. saya rebus je.. tak masukkan pon sebab bile saya masukkan je saya mesti tak reti nak ikat.. so,selepas sara rebus telur tuh dapat lah jugak nak rehat-rehat...

Dalam dua jam selepas saya dah sudah rebus telur tuh.. ada lagi arahan.. tapi bukan daripada komander Mak Long tapi daripada komander Mak Uda dan komander Mak Cik... untunglah saya nih rajin.. nak jugak tolongkan.. (puji diri sendiri sekejap >.<) heheheheh.... apa tugas yang seterusnya??? saya kene tolong idangkan makanan untuk mereka makan.. bukannya sikit tau banyak! kene amik pinggan,cawan,nasi,lauk dan lain-lain sebab komander-komander semuanya dah keletihan memasak di dapur dan masukkan telur dalam bunga telur...

Sewaktu sesudah hidang makanan kami tak boleh makan dulu sebab komander cakap kene tunggu lelaki sejati balik daripada solat jumaat.. kami yang wanita sejati nih pon duduk termenung dekat lauk tuh nak tunggu lelaki sejati lah katakan..tapi akhirnya selepas lelaki sejati tuh balik daripada masjid kami pon dapat lah jugak makan dengan enaknya.. heheheheh..

Petang tuh pulak ha.. ini lah masanya menunggu lelaki sejati didera heheh (balasan sebab tak tolong kami yang perempuan nih malam khamis!) mereka diarahkan oleh komander -komander tertinggi untuk mengangkat semua goodies pack untuk dimasukkan ke dalam van dan dibawa ke dewan (saudara saya tuh kawin di dewan MBMB melaka atau dikenali sebagai dewan melaka bersejarah).banyak sangat goodies pack yang perlu dibawa! sebab tuh la sanggup sewa van sebab semuanya malas nak gadaikan kereta untuk dimasukkan kotak lah katakan..

Malam tuh kami semua yang saudara-saudara nih pergi dewan dan susun semua goodies pack yang berlambak-lambak tuh! dewannya boleh tahan lah besar... tapi yang palaing tak leh tahannya decoration dewan tuh cantik sangat! bertemakan warna kuning keemasan dan putih (warna rajalah katakan) tapi kami semua pakai baju bertemakan hijau (untuk lelaki) dan hijau tercoise (untuk perempuan). selain menyusun goodies pack, saudara saya juga menghias bunga manggar.. tak de lah susah sangat cucuk-cucuk je.. tugas itu pula dibuat oleh Komander Pak Uda yang sejati (sejahti lah sanagat.. ehehehe)

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.. hari Sabtu adalah debaran untuk kami semua terutamanya pengantin Baru.. hehehehhehehe... kami sampai di dewan awal. dalam pukul 9 macam tuh.. kami semua bersarapan di situ..makan nasi lemak je.. (ceh perlu ke bagitau nak makan apa?) hohohoho..

Dalam pukul 11 macam tuh ada je orang yang datang...saya ditugaskan untuk tunggu di tempat orang datang.. bila orang nak balik je saya mesti bagi goodies pack tuh dekat mereka.. 

Dalam pukul 1.00 pengantin pon datang... saudara saya yang bernama Shareen dan adik saya ditugaskan untuk memegang bunga manggar manakala saya pula ditugaskan untuk duduk di pelamin sebagai pemberi bunga telur... selain itu,ada juga persembahan kompang dan silat.. silat best lah jugak.. tapi kelakar lah pergerakan dia.. ehehehehe.. 

Akhirnya, kenduri pon sudah berakhir.. semua orang terduduk sebab penat terutama sekali saya.. nak makan pon susah sebab lepas pengantin turun saya kene sambung balik bagi goodies pack dekat orang yang nak balik..

Malam tuh pulak.. bila semua dah kepenatan..dalam pukul 9 macam tuh semua berkumpul di ruang tamu sebab nak tengok rakaman yang diambil oleh Komander Pak Teh (ayah saya lah!) kelakar! ehehhhehe... 

Malam tuh semua tido.. pagi esok tuh pulak kami semua pergi picnik dekat Pantai Puteri.. best! semua mandi laut dan buat BBQ! nk rehatkan minda selepas kenduri lah katakan... okeylah sampai di sini dahulu entri pada kali ini semoga berjumpa lagi pada masa yang akan datang!

sekian TERIMA KASIH!

ikhlas daripada:
izzah nur huda 



Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi peeps. I'm human and blahblah goes here. Bandar Baru Bangi. love the way you're :D

underlined, bold

blockqoute


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!