Izzah Nur Huda
Tahun Baru, Cita-Cita Baru,Impian Baru!

Friday, January 4 @ 12:23 am | 0 Comment [s]

Assalamualaikum dan salam sejahtera! pada entri kali ini, huda ingin menceritakan tentang azam baru huda pada tahun 2013 ini.. oh! sebelum terlupa.. SELAMAT TAHUN BARU! bersyukur ke hadrat tuhan kerana huda masih lagi hidup di dunia pada tahun 2013 ini...

Pada tahun ini huda mungkin jarang meng-update blog kerana tahun ini huda nak UPSR. jadi semua orang yang baca blog ini doakan huda supaya medapat 5A UPSR ya! amin..amin..amin.. Sekarang huda nak cerita pasal first day sekolah pulak..

First day sekolah huda memang seronok sebab dapat pakai baju baru,beg baru,buku baru.. dan lain lain..nak nak pulak kelas huda tingkat 3 memang penat lah nak naik.. tambah lagi dengan beg seberat-beratnya dengan buku.. tapi yang mengejutkannya, sewaktu huda naik tangga untuk menuju ke kelas baru.. huda terserempak dengan cikgu kaunseling.. huda kenal sangat dengan cikgu tuh sebab dia guru kaunseling yang sangat hebat dan dikenali ramai... hehehe.. waktu huda tengah jalan tuh huda terserempak lah dengan cikgu.. tiba-tiba cikgu cakap 'izzah, sekejap lagi ada perhimpunan.. awak tolong baca ikrar ye?' oh! huda rasa macam nak pengsan waktu tuh! bukannya tidak biasa tapi, dah lama tak baca ikrar, jadi huda rasa macam gagap sangat! huda hanya mampu kata 'okay' sahaja.. dengan tanpa bantahan!

Untuk 'stanby' kan diri.. huda dengan kawan huda turun ke dataran perhimpunan awal... lagi pun pengawas sekolah kena susun kerusi untuk guru-guru duduk. Selepas sahaja bacaan doa, kemuadian nyanyian lagu sekolah, jantung rasa lebih berdengup sebab first day sekolah sahaja huda sudah mula baca ikrar di dataran...lagi-lagi di hadapan 1345 murid pagi, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat. Memang sesuatu yang membanggakan apabila huda dengan lancarnya membaca ikrar! selepas sudah baca ikrar semua perasaan yang 'mengerikan' hilang xD apa parasaan yang huda takutkan?? okay lah.. banyak yang huda selalu risaukan.. contohnya huda takut ada orang ejek, huda silap satu patah perkataan.. tapi alhamdullilah semenjak huda menjadi seorang pengawas, cikgu selalu menyuruh huda untuk baca ikrar, dan huda tak pernah sekali pun tersilap satu patah perkataan :)


Jadi, mungkin pada tahun ini huda akan jarang mengupdate blog.. lagi-lagi kalau dah nak berdepan dengan peperiksaan UPSR yang sangat mengerunkan oleh semua murid.. huh! doa-doakan lah huda mendapat keputusan yang membanggakan! :D huda mempunyai cita-cita, jikalau huda dapat 5A insyaallah.. huda nak masuk Asrama Penuh atau dinamakan Sekolah Tengku Muzzafar Syah, di Alor Gajah Melaka.. mak kata, susah nak masuk situ, banyak yang die tengok, kokorikulum dan lain-lain! malahan trial UPSR pon die tengok! doakan huda dapat capai cita-cita.. aminn..

Baiklah, banyak dah yang huda merepek.. takut nanti ayah marah sebab tak baca buku lagi xD semoga berjumpa lagi pada masa yang akan datang! insyaallah!

sekian TERIMA KASIH!

ikhlas daripada:
izzah nur huda
huda dan kawan penanti setia..

huda juga.. :)
               



Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi peeps. I'm human and blahblah goes here. Bandar Baru Bangi. love the way you're :D

underlined, bold

blockqoute


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!